Tuesday, November 21, 2017

Keputusan seorang murid Darjah 1

Keputusan seorang murid Darjah 1: KESAN hari ini: KECEWA kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A. Bertambah seorang lagi Mental Stress Disorder mungkin?

Sampai bila kah senario seperti ini terus DIBENARKAN untuk berlaku dalam masyarakat kita?

STOP saying, "There's nothing we can do." "The system requires the child to read." "The system this.. the system that..."

Sampai bila?

Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu?

Ya, kita STUCK dalam sistem.

Boleh tak kita HENTIKAN KITARAN JAHAT (Vicious Cycle) ini?

Boleh tak kita move on with our life, dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak?

Sebab secara saintifik nya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka.

PERCAYA KEPADA PROSES.

Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini.

Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.

Alternatifnya Parents?

Samada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
Samada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
Samada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN.
Samada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.

KENAPA?

Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!

Apa yang perlu anda lakukan?

Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. Multiple Intelligence ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi Intelligences yang lain. Dalam AlQuran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita?

Kayu pengukur bukan hanya PEPERIKSAAN. Ada banyak cara lain. Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain?

Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir. Jom!

HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera.. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi), 'anak anda boleh survive jika mereka ada SKIL, bukan bilangan A'. Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas KERTAS, tetapi tidak boleh bekerja.

PLEASE CHANGE.

(Gambar - sumber dari kenalan rapat)

#stoptheviciouscycle
#hentikankitaranjahatini
#ubahpendidikan
#ubahmetodpendidikan
[11/17, 3:54 PM] junaidah jalaludin: Saya sgt setuju juga. Anak saya mengalami perkara yg hampir serupa. Walau subjek  teras A tp disebabkan D dalam subjek bm penulisan..4 hari mlm nak tidur dia menangis kata " I'm a failure!" Dia tak lihat pada markah tp pd nombor dlm kelas dan keseluruhan. Baru djh 1 mereka dah stress dgn dpt no berapa. Menangis takut kena tukar kelas sbb itulah yg dia dgr dari abg kakaknya...sapa x pandai turun kelas.
Menyedihkan apa yg berlaku pd sistem pendidikan kita.
Moga sebagai parents kita dpt sama fikir2kan.
Saya kata pd anak saya..
"Allah bg pandai pd manusia berbeza2. Kita ke sekolah utk cari ilmu. Ilmu lebih bernilai dr nombor dlm kelas. Walau anak umie no 27 tp anak umie masih pandai. Anak umie setiap mlm baca buku. Byk ilmu yg dpt walau ilmu tu tak keluar periksa."
Minat anak2 juga berbeza2. Anak saya suka baca buku english. Mungkin Sbb tu bm penulisan boleh D. Tp itu "learning process" dia.
Dr 'kegagalan' ini, dia belajar. Jgn kita yg dewasa rosakkan keseronokan mereka mencari ilmu.
Please motivate our children love for knowledge. Knowledge bukan yg masuk periksa saja. Ilmu amat luas. Dari ilmu yg di teroka, mungkin anak kita akan jumpa minat mereka yg boleh melakar sejarah....

No comments: